Klik Semua Yer

Wednesday, 12 December 2012

Orang bagi baru-baru ni 9/12/2012
Some of FM collection





Apa kaitan gambar-gambar tersebut dengan tajuk post aku ni??Anyone know?????Oke, malam ni rasa nak share about travel ni.Tak kesahla dalam Malaysia sendiri mahupun Oversea.Sepatutnya kita kene dalami,hayati dulu negara sendiri barulah ke negara orang kan?well,lain orang lain cara,lain pemikirannya:) Mungkin rata-rata yang travel ke negara orang ni untuk merasai pengalaman lain yang pasti jauh berbeza di tempat sendiri betul? Ingin merasai negara yang mempunyai iklim 4 musim, budaya yang tiada di tempat sendiri.Well,bagi aku memang negara sendiri akan dirindui apabila berada di perantauan walaupun hanya pergi selama 4 hari,1minggu,mahupun 1bulan.Negeri yang aku tak pernah jejakkan kaki lagi like Penang,Sarawak,Sabah,Perlis..ingat-ingat lupa gitu..huhu..rasa-rasanya tu jelah kot..hee:D InsyaAllah kalau ada rezeki,ada sesapa nak ajak ke sana,insyaAllah sampai jugak=) Paling jauh setakat ni..jauh ke?? Bangkok Thailand,Burma,Cambodia,Medan North Sumatera sahaja..Alhamdulillah walaupun orang cakap sempadan2 je..dekat2..hihi..okelah tu..Aku mula fall in love dengan dunia travel ni *chewahh,xleh blaa ayat xD after balik dari Thailand..Disebabkan tu lah adanya entri ke Medan^.*
Owhh Plisz Plisz Plisz don't judge a book from it's cover only.Jangan rasa,bilang,ngomong,cakap dan yang sewaktu dengannya kepada mana-mana person yang hanya ingin berkongsi cerita-cerita mereka,pengalaman mereka berjalan di tempat orang or anything yang seangkatan dengannya..hihi..Tak baik kan kita berburuk sangka kat orang.Be positive my dear*.~ Sape pernah ke Korea, hands up plisz ??^.^ Lately ni kerap searching meng-searching about Korea via blog,google, n etc.Try to gain more info about Soul of Asia..hee..One fine day, I wish to be there.Amin! And Korea juga terus melonjak naik rating visitors maybe sebab K-pop..owhh rasa macam dah basi sket..Gangnam Style fulakk..Tapi aku tak minat semua tu.So far Running Man sahaja klu aku tengok pun..show la..Kalau cerita boleh la layan kalau best2..huuu..the most important thing why nak sangat-sangat jejak kaki ke negara orang sebab nak tengok ngan mata kepala sendiri their environment, culture, building, nature..n Bla bla bla..Di sebabkan aku bukanlah seorang yang jenis kaki shopping, ada baiknya menghabeskan $$$ berjalan ke tempat orang..hihi..Kalau ada $$$ laaa..Owhh rasa nak list some of place yang owez jadi perhatian dari pelancong apabila berada di Korea .Jom baca lagi--------->


  1. Gyeongbok Palace :- Kawasan istana di mana anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea,Hanbok secara percuma sahaja..Yes!FOC oke?Kalau x salah,bayaran masuk ke sini +- 3000won
  2. Namsam Seoul Tower :- Kat sini macam-macam ada..Boleh naik cable car,ada padlock2 yang berasakan Love.Bagi peminat-peminat Teddy Bear bolehlah masuk ke Museum Teddy Bear ni (14000 won)
  3. National Museum Korea :-Yang ni tak pasti cuma FOC sahaja untuk masuk.Banyak peninggalan sejarah di sini
  4. Lotte World/Everland :- Both of this adalah theme park yang besar.Lebih besar dari Genting kot..hihi..Korang boleh google2 kalau nak tahu more info.Cuma orang cakap Everland lagi seronok
  5. Nami Island/Jeju Island :- Nami merupakan tempat yang menjadi daya tarikan pelancong seluruh negara di sebabkan cerita Winter Sonata and ape lagi ye?huhu..Jeju pun menarik juga cuma ke sana agak jauh.Kena beli tiket flight lagi
  6. Itaewon :- Merupakan tempat-tempat makan yang halal.
  7. Namdaemun Market/Myeongdong :- Kalau nak shopping murah-murah buat kenangan bolehlah berkunjung ke sini:)
*Kalau ada lagi tempat menarik,Korang bagitau la ye?:)

Ohhh,pasti anda tertanya-tanya bajet ke sana kan?Jom kita kira bajet sama-sama (Backpackers)

1. Return Flight Ticket
   - Kalau nak murah, aku cadangkan amek AirAsia sebab bila korang beli time promotion korang memang
      boleh dapat harga yang betul-betul murah dalam RM500++ for all in
2. Accommodation ( Hostel/Guesthouse/Hotel)
   - Kalau korang as backpackers, better korang ambil hostel/guesthouse only sebab lebih murah and          
     menjimatkan. Plus kalau korang pandai cari, korang boleh dapat yang fully furnished like washing            
     machine,fridge,kitchen and etc.Berbaloi bukan?Kalau korang tetap nak ambil hotel takde masalah cuma
     agak rugi di situ sebab korang pasti keluar berjalan jee.Balik ke bilik malam,keluar dah awal pagi kan?
3. Transportation (Subway/Taxi/Bus)
   - Rata-rata menggunakan subway sebab murah and easy to reach place.Easy ke?ahaha xD
4. Shopping
    - Kalau sekadar beli untuk kenangan kepada famili,sahabat maybe bajet RM500 enuff??
5. Entrance Fee
   - About RM200 oke x?maybe boleh kurang kot.
6. Food
   - Better masak sendiri sebab rata-rata makanan kat sana pun paling kurang RM15++ kalau nak yang 
     kenyang macam kebab.Baru kebab,kalau nasi lagi mahal agaknya.Kalau betul2 masakan Korea tu 
     wajiblah cuba kan,bukan selalu dapat peluang ke sana


Total after + - bolehlah korang bajet dalam RM2000-RM2500 seorang.Berbaloi bukan dan memang menjimatkan cuma klu ke mana2 tanpa agen, kenalah berani dan cuba belajar serba sedikit bahasa mereka agar memudahkan perjalanan anda:)



No comments:

Post a Comment

*Assalamualaikum*
Rajin-rajin komen yer?^.^

TikTok


Get your own Digital Clock

Copyright@Hak Milik Fyda^D!do