Klik Semua Yer

Saturday 1 December 2012




Assalamualaikum guys:)

Berpart-part entri aku kali ni kan?ahaha:D well,kalau boleh aku nak share sedikit sebanyak pengalaman aku ke sana.At least aku boleh refer balik entri macam ni time aku ingat-ingat lupa ke..sape tahu kan?hee..Oke continue pengalaman di bumi Medan ni bagi last day kami di sini..huk3..sedeyh dah nak balik Malaysia padahal dah rindu sangat nak balik ke negara sendiri..Untuk hari terakhir di sini,kami keluar dari rumah Beto seawal jam 9 pagi.Opss lupa,for girls kami bermalam di rumah Beto dan kawan-kawannya..boys plak di rumah Wan.Dekat je rumah masing-masing.Alhamdulillah save sedikit duit di sini..Terima kasih Beto&Wan kerana bagi kami menginap 1 malam di rumah anda:) Sebelum shopping di sekitar Medan, kami berhenti untuk breakfast di gerai yang biasa Beto makan.Aku&Beto memilih untuk makan kuew teow goreng while 3 lagi makan Nasi Lemak.Jom lihat rupa makanan tersebut:)




2 pinggan tu la Nasi Lemak.Pelik juga sebab ada sayur dan lain-lain

Kuew Teow Goreng




Masing-masing dah kenyang kami terus bergerak ke Pajak Ikan.Pajak Ikan tu apa ye??Haa..jangan salah sangka..Pajak Ikan ni bukanlah tempat jual ikan ye, namun inilah syurga beli belah yang terdapat di Medan.Salah satu tempat yang femes di Medan.Kami ke sini untuk membeli barang-barang bagi di bawa pulang sebagai kenang-kenangan.Oke tak nafikan memang rambang mata kat sini.Mana taknye masing-masing berlumba menawarkan harga yang terbaik untuk kami agar membeli barang mereka.Di sini aku sempat membeli 2pasang kain telekung,sarung Indon,pelikat,T-shirt, dan juga fridge magnet.






Oke gambar tak banyak dekat sini..Ini sahaja yang ada..huu:)


Di sini pun kami ambil masa yang lama barulah kami bergerak ke Carrefour semula untuk lunch di food court dan survey lagi barang-barang di sini.Lunch kali ni aku order Nasi Goreng Seafood yang teramatlah sedapppppp!Serious sedap giler and aku tak nafikan lagi sedap dari kedai-kedai yang aku pernah makan di Malaysia.Hakikat oke..Boleh datang sendiri di sini dan rasai:)


Nasi Goreng Seafood

Ni lah Nasi Tumpang.Kalau di Kelantan,nasi tumpang ni dibalut dengan daun pisang



Kek Lapis Sarawak


Kami sempat singgah di Majestyk untuk membeli kek lapis di sini bawak pulang ke Malaysia.Dari apa yang aku baca di blog-blog,mereka cakap tak sah kalau berkunjung ke Medan tanpa membeli kek lapis yang enak.Yes,memang sedap sangat tambahan kalau di convert dengan RM kamu akan dapati harganya sangatlah murah.Kek ni berharga 46ribu rupiah=RM15 sahaja.Saiz kek ni pun dah cukup besar macam 1/1.5kg dah.Kalau di Malaysia kek lapis mahal walaupun size yang agak kecik.Am I right?Ohh by the way, ni lah rupa spedal yang kami naik untuk ke Carrefour




Akhirnya kami sampai di Airport jam 7.30mlm kerana flight ke LCCT jam 9.20pm.Dalam airport ni ada dua peristiwa yang amat-amat lah menyakitkan hati kami tapi aku akan kongsi 1 sahaja di mana beg roda aku ditarik oleh pekerja wrapping beg.Sempat berlaku sesi mulut dengan si pekerja tersebut sebab setahu aku,xperlu wrapping pun bag tu.Mereka hanya nak kan duit sahaja.Namun masa tu maybe rasa tergamam agaknya sampai tak terpikir soal tu walaupun masih lagi berpeluang untuk ambil balik bag aku sebelum di wrapping.Akhirnya terpaksalah membayar sebanyak 35ribu rupiah.Dammn!Dahlah nak bagi balance pun lambat sangat,terkial-kial sampai aku marah dia.Masa tu tak check in lagi,memangla aku bengang kalau dah lambat sangat.Dia cakap orang Malaysia ni takde rasa sabar.Fikirlah macam mana nak sabar kalau kau dah tarik bag orang tanpa rela hati owner bag tu pastu terkial-kial nak bagi balance.huhhhh!sedih+geram sangat.
Layan jelah gambar kat bawah ni ye..Semoga entri aku berguna bagi sesiapa yang ingin ke sana:)







Bye Indonesia,Hello Malaysia:)




No comments:

Post a Comment

*Assalamualaikum*
Rajin-rajin komen yer?^.^

TikTok


Get your own Digital Clock

Copyright@Hak Milik Fyda^D!do