Klik Semua Yer

Sunday 16 December 2012

KetentuanNya...

Assalamualaikum..
Macam yang di ketahui, Ajal Maut,Jodoh Pertemuan Perpisahan,Rezeki adalah di tangan-Nya.Allah yang satu.Bila berlaku sesuatu pertemuan,pasti akan di akhiri sebuah perpisahan.Hanya kita yang tidak mengetahuinya. Pasti kalian pernah dan akan mengalami perkara sebegini sama ada kehilangan seorang teman yang sentiasa setia bersama kita, susah atau senang. Famili sendiri mahupun saudara mara yang di sayangi.Bersabarlah kalian kerana pasti ada hikmah di sebalik dan setiap apa yang berlaku. Apabila di sebut Kun Fa Yakun, maka jadilah! Bagi yang kehilangan teman mahupun rakan, yang hilang,patah pasti akan tumbuh berganti. Pasti ada yang lebih terbaik di sediakan untuk kalian. Maka,janganlah cepat kamu mengeluh sebab perancangan DIA lebih baik dari perancangan dari kita semua, hambaNya yang lemah. Bersabarlah dan berbaik sangkalah agar kita tidak semena-mena menyalahi DIA,merasa diri kita penyebab kepada apa yang telah berlaku. Ya ALLAH tetapkan hati kami agar tidak terselit walau sedikitpun rasa dendam dan amarah sesama manusia walau apapun yang dan bakal terjadi.Jauhi Kami dari fitnah-fitnah yang ternyata amatlah tajam dari sebilah pedang dan ternyata boleh melukakan kami dari dalam Ya ALLAH.Amin Amin Ya Rabb Alamin :(

Friday 14 December 2012

Indahnya ISLAM.SubhanaAllah,Maha Suci Allah:)

Kisah wanita berpurdah membeli belah
---------------------------------------------
Diceritakan seorang wanita muslimah berpurdah sedang membeli-belah di salah satu pasaraya di Perancis.

Setelah selesai mendapatkan barang-barang yg dicarinya, dia segera pergi ke kaunter utk membayar. Kebetulan cashier yang ditujunya adalah seorang wanita keturunan Arab yg berpakaian tdk menutup auratnya.

Cashier tersebut memandang wanita berpurdah itu dgn pandangan mengejek, kemudian dia mulai mengira nilai barang belanjaan wanita tersebut sambil melemparkannya dgn kasar ke atas meja.

Namun wanita berpurdah itu tdk terpengaruh dgn provokasi wanita cashier itu, dia tetap tenang, bahkan sangat tenang, hingga membuat wanita cashier semakin geram dan tidak dapat lagi menguasai diri, lalu berkata dengan nada memperlekehkan, "Kita mempunyai berbagai masalah dan permasalahan di sini, purdah kamu ini adalah salah satu masalah. Kita datang ke sini untuk mencari duit, bukan untuk pamer agama maupun sejarah. Kalau kamu mau menjalani agama atau mengenakan purdah, pergilah sana ke negerimu dan jalani agamamu sesukamu."

Wanita berpurdah itu berhenti memasukkan barang belanjaannya ke dalam troli, lalu memandang wanita cashier tersebut...

Dia membuka purdahnya dan ternyata dia adalah wanita kulit putih, dgn sepasang mata biru, lalu dia berkata, "Aku adalah wanita Perancis asli, begitu pula ayah dan nenekku. Ini adalah Islam-ku dan ini adalah negeriku. Kamu telah menjual agama kamu, sementara kami membelinya.

Subhanallah...

Allah Ta'ala berfirman, ertinya, "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan, 'Rabb kami adalah Allah', kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada keraguan terhadap mereka dan tidak pula mereka berduka cita." (QS. Al-Ahqaaf: 13)

TAMPAR PIPI, TANYA IMAN… :-)





#CP

Wednesday 12 December 2012

Travelling

Orang bagi baru-baru ni 9/12/2012
Some of FM collection





Apa kaitan gambar-gambar tersebut dengan tajuk post aku ni??Anyone know?????Oke, malam ni rasa nak share about travel ni.Tak kesahla dalam Malaysia sendiri mahupun Oversea.Sepatutnya kita kene dalami,hayati dulu negara sendiri barulah ke negara orang kan?well,lain orang lain cara,lain pemikirannya:) Mungkin rata-rata yang travel ke negara orang ni untuk merasai pengalaman lain yang pasti jauh berbeza di tempat sendiri betul? Ingin merasai negara yang mempunyai iklim 4 musim, budaya yang tiada di tempat sendiri.Well,bagi aku memang negara sendiri akan dirindui apabila berada di perantauan walaupun hanya pergi selama 4 hari,1minggu,mahupun 1bulan.Negeri yang aku tak pernah jejakkan kaki lagi like Penang,Sarawak,Sabah,Perlis..ingat-ingat lupa gitu..huhu..rasa-rasanya tu jelah kot..hee:D InsyaAllah kalau ada rezeki,ada sesapa nak ajak ke sana,insyaAllah sampai jugak=) Paling jauh setakat ni..jauh ke?? Bangkok Thailand,Burma,Cambodia,Medan North Sumatera sahaja..Alhamdulillah walaupun orang cakap sempadan2 je..dekat2..hihi..okelah tu..Aku mula fall in love dengan dunia travel ni *chewahh,xleh blaa ayat xD after balik dari Thailand..Disebabkan tu lah adanya entri ke Medan^.*
Owhh Plisz Plisz Plisz don't judge a book from it's cover only.Jangan rasa,bilang,ngomong,cakap dan yang sewaktu dengannya kepada mana-mana person yang hanya ingin berkongsi cerita-cerita mereka,pengalaman mereka berjalan di tempat orang or anything yang seangkatan dengannya..hihi..Tak baik kan kita berburuk sangka kat orang.Be positive my dear*.~ Sape pernah ke Korea, hands up plisz ??^.^ Lately ni kerap searching meng-searching about Korea via blog,google, n etc.Try to gain more info about Soul of Asia..hee..One fine day, I wish to be there.Amin! And Korea juga terus melonjak naik rating visitors maybe sebab K-pop..owhh rasa macam dah basi sket..Gangnam Style fulakk..Tapi aku tak minat semua tu.So far Running Man sahaja klu aku tengok pun..show la..Kalau cerita boleh la layan kalau best2..huuu..the most important thing why nak sangat-sangat jejak kaki ke negara orang sebab nak tengok ngan mata kepala sendiri their environment, culture, building, nature..n Bla bla bla..Di sebabkan aku bukanlah seorang yang jenis kaki shopping, ada baiknya menghabeskan $$$ berjalan ke tempat orang..hihi..Kalau ada $$$ laaa..Owhh rasa nak list some of place yang owez jadi perhatian dari pelancong apabila berada di Korea .Jom baca lagi--------->


  1. Gyeongbok Palace :- Kawasan istana di mana anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea,Hanbok secara percuma sahaja..Yes!FOC oke?Kalau x salah,bayaran masuk ke sini +- 3000won
  2. Namsam Seoul Tower :- Kat sini macam-macam ada..Boleh naik cable car,ada padlock2 yang berasakan Love.Bagi peminat-peminat Teddy Bear bolehlah masuk ke Museum Teddy Bear ni (14000 won)
  3. National Museum Korea :-Yang ni tak pasti cuma FOC sahaja untuk masuk.Banyak peninggalan sejarah di sini
  4. Lotte World/Everland :- Both of this adalah theme park yang besar.Lebih besar dari Genting kot..hihi..Korang boleh google2 kalau nak tahu more info.Cuma orang cakap Everland lagi seronok
  5. Nami Island/Jeju Island :- Nami merupakan tempat yang menjadi daya tarikan pelancong seluruh negara di sebabkan cerita Winter Sonata and ape lagi ye?huhu..Jeju pun menarik juga cuma ke sana agak jauh.Kena beli tiket flight lagi
  6. Itaewon :- Merupakan tempat-tempat makan yang halal.
  7. Namdaemun Market/Myeongdong :- Kalau nak shopping murah-murah buat kenangan bolehlah berkunjung ke sini:)
*Kalau ada lagi tempat menarik,Korang bagitau la ye?:)

Ohhh,pasti anda tertanya-tanya bajet ke sana kan?Jom kita kira bajet sama-sama (Backpackers)

1. Return Flight Ticket
   - Kalau nak murah, aku cadangkan amek AirAsia sebab bila korang beli time promotion korang memang
      boleh dapat harga yang betul-betul murah dalam RM500++ for all in
2. Accommodation ( Hostel/Guesthouse/Hotel)
   - Kalau korang as backpackers, better korang ambil hostel/guesthouse only sebab lebih murah and          
     menjimatkan. Plus kalau korang pandai cari, korang boleh dapat yang fully furnished like washing            
     machine,fridge,kitchen and etc.Berbaloi bukan?Kalau korang tetap nak ambil hotel takde masalah cuma
     agak rugi di situ sebab korang pasti keluar berjalan jee.Balik ke bilik malam,keluar dah awal pagi kan?
3. Transportation (Subway/Taxi/Bus)
   - Rata-rata menggunakan subway sebab murah and easy to reach place.Easy ke?ahaha xD
4. Shopping
    - Kalau sekadar beli untuk kenangan kepada famili,sahabat maybe bajet RM500 enuff??
5. Entrance Fee
   - About RM200 oke x?maybe boleh kurang kot.
6. Food
   - Better masak sendiri sebab rata-rata makanan kat sana pun paling kurang RM15++ kalau nak yang 
     kenyang macam kebab.Baru kebab,kalau nasi lagi mahal agaknya.Kalau betul2 masakan Korea tu 
     wajiblah cuba kan,bukan selalu dapat peluang ke sana


Total after + - bolehlah korang bajet dalam RM2000-RM2500 seorang.Berbaloi bukan dan memang menjimatkan cuma klu ke mana2 tanpa agen, kenalah berani dan cuba belajar serba sedikit bahasa mereka agar memudahkan perjalanan anda:)



Wednesday 5 December 2012

Boboiboi:D

Assalamualaikum^.^

Eh,harini dah rabu kan?cepatnya masa berlalu.Nanti dah tak lama lagi bakal menyambung pengajian.InsyaAllah::) Boboiboi cerita kartun kat TV3 eh? Ehh tak tak.walaupun aku sendiri suka tengok cerita tu kadang-kadang..hihi:D Jom tengok apa benda Boboiboi ni:-

Bertukar hak milik.Muehehe xD 3/10/2012



Lebat bulu sampai tak nampak mata..ishh

Today pixca 5/12/2012..Already 3months with me:) Alhamdulillah
Cuba teka mana 1 Boboi..ki3:D

4/12/2012






Wif my unnie xD

Lihatlah bulu Boboi ni..tebal+lebat sgt..owhh omeiiinyoooo


Sebenar-benarnya, aku pun tak tahu mana 1 Boboi ni sebab dah lekat panggilan ni kat dua2 makhluk ni..huhu..Kazen yang dok panggil camtu..Follow aja:) Ni sepasang taw tapi aku dah lupa mana betina,mana jantan..ehehe:D Dua2 di panggil Boboi..Ngeee^.~ Tak berkesempatan lagi nak buat cage yang luas for them,so stay jela dulu dalam cage sedia ada ye..^.*
Jom layan video ni..boleh bukak ke idak tahh..huhu










Alhamdulillah^.^

Praise to Allah for everything we had!Syukurlah:)  Sebabb??Semalam dapat durian runtuh..Gedebukk jatuh..ehehe:) Tahun lepas aku pernah ada blog namun sekadar untuk perkara biasa-biasa sahaja and write down only tanpa tahu macam mana nak edit blog bagi nice, macam mana nak letak iklan Nuffnag,ChurpChurp and bla bla bla..hihi..Ingat senang ke nak edit meng-edit blog ni?Sape cakap senang,angkat kening anda oke?*WinkWink:D Bagi beginners memangla susah..Mana ada benda yang kita tak tahu langsung,sekali tengok terus kita paham kan kan? Dulu manala reti nak baca-baca kod dalam html, and yang sewaktu dengannya..Now Alhamdulillah sedikit demi sedikit dah reti baca and bila ada problem,dah tahu mana nak cari.Untungla bagi yang blaja ICT.Dulu tengok akak2 baca setiap kod,terpikir apala maksud dia erk..huu..Semalam baru aku post kan cakap terpaksa #cp http://www.lyssasecret.com punya kod untuk letak widget churpchurp.But now arini rasa terbukak hati nak cuba dan terus mencuba sampai berjaya..Akhirnyaaaa I got it!!!Yeayyy!suka-suka:) Korang boleh lihat&klik iklan di bawah header ye..TQ^.~


Tuesday 4 December 2012

Alahai ChurpChurp:(

Assalamualaikum sayang-sayang suma..harapnya sehat la ye? Korang ada akaun churpchurp? apa tu ChurpChurp..klik di sini www.churpchurp.com Aku baru tahu pasal Churp ni via blog cik http://www.lyssasecret.com yang femes amos gitu..hihi..Thanks adek for share.Aku betul-betul pening gitu sebab nk sign up tu takde keluar macam yang adek lisa ni ajor..terus direct sign in via apa yang kita nak guna.Macam aku,bila bukak je page tersebut, ada via twitter ngan kene masukkan email cengitu la..bila try masuk email xdapat,terpaksa la via twitter..Alhamdulillah boleh and nak via facebook pun tak dapekkk.HukHuk..Lysa,apa lysa suruh folow tu,sume tak kene ngan page churp tu..might be dorang punya layout baru kot.So kalau korang boleh tengok kat top aku punya header tu,ada banyak-banyak iklan bergambar kan?Tu la hasil yang dapat dari baca plus p main #cp je yang lysa ajor:( Sori adek..akan ku padam dan gantikan yang baru bila aku dah paham cara nak guna Churp ni.Cara nak share campaign pun aku blur-blur..seriously lain yang teramat web dia.So ada dalam kalangan korang yang tahu tak pasal benda alah ni??help me plisss:( drop your comment plizz..TQ:)

Saturday 1 December 2012

Medan,Indonesia Part 3




Assalamualaikum guys:)

Berpart-part entri aku kali ni kan?ahaha:D well,kalau boleh aku nak share sedikit sebanyak pengalaman aku ke sana.At least aku boleh refer balik entri macam ni time aku ingat-ingat lupa ke..sape tahu kan?hee..Oke continue pengalaman di bumi Medan ni bagi last day kami di sini..huk3..sedeyh dah nak balik Malaysia padahal dah rindu sangat nak balik ke negara sendiri..Untuk hari terakhir di sini,kami keluar dari rumah Beto seawal jam 9 pagi.Opss lupa,for girls kami bermalam di rumah Beto dan kawan-kawannya..boys plak di rumah Wan.Dekat je rumah masing-masing.Alhamdulillah save sedikit duit di sini..Terima kasih Beto&Wan kerana bagi kami menginap 1 malam di rumah anda:) Sebelum shopping di sekitar Medan, kami berhenti untuk breakfast di gerai yang biasa Beto makan.Aku&Beto memilih untuk makan kuew teow goreng while 3 lagi makan Nasi Lemak.Jom lihat rupa makanan tersebut:)




2 pinggan tu la Nasi Lemak.Pelik juga sebab ada sayur dan lain-lain

Kuew Teow Goreng




Masing-masing dah kenyang kami terus bergerak ke Pajak Ikan.Pajak Ikan tu apa ye??Haa..jangan salah sangka..Pajak Ikan ni bukanlah tempat jual ikan ye, namun inilah syurga beli belah yang terdapat di Medan.Salah satu tempat yang femes di Medan.Kami ke sini untuk membeli barang-barang bagi di bawa pulang sebagai kenang-kenangan.Oke tak nafikan memang rambang mata kat sini.Mana taknye masing-masing berlumba menawarkan harga yang terbaik untuk kami agar membeli barang mereka.Di sini aku sempat membeli 2pasang kain telekung,sarung Indon,pelikat,T-shirt, dan juga fridge magnet.






Oke gambar tak banyak dekat sini..Ini sahaja yang ada..huu:)


Di sini pun kami ambil masa yang lama barulah kami bergerak ke Carrefour semula untuk lunch di food court dan survey lagi barang-barang di sini.Lunch kali ni aku order Nasi Goreng Seafood yang teramatlah sedapppppp!Serious sedap giler and aku tak nafikan lagi sedap dari kedai-kedai yang aku pernah makan di Malaysia.Hakikat oke..Boleh datang sendiri di sini dan rasai:)


Nasi Goreng Seafood

Ni lah Nasi Tumpang.Kalau di Kelantan,nasi tumpang ni dibalut dengan daun pisang



Kek Lapis Sarawak


Kami sempat singgah di Majestyk untuk membeli kek lapis di sini bawak pulang ke Malaysia.Dari apa yang aku baca di blog-blog,mereka cakap tak sah kalau berkunjung ke Medan tanpa membeli kek lapis yang enak.Yes,memang sedap sangat tambahan kalau di convert dengan RM kamu akan dapati harganya sangatlah murah.Kek ni berharga 46ribu rupiah=RM15 sahaja.Saiz kek ni pun dah cukup besar macam 1/1.5kg dah.Kalau di Malaysia kek lapis mahal walaupun size yang agak kecik.Am I right?Ohh by the way, ni lah rupa spedal yang kami naik untuk ke Carrefour




Akhirnya kami sampai di Airport jam 7.30mlm kerana flight ke LCCT jam 9.20pm.Dalam airport ni ada dua peristiwa yang amat-amat lah menyakitkan hati kami tapi aku akan kongsi 1 sahaja di mana beg roda aku ditarik oleh pekerja wrapping beg.Sempat berlaku sesi mulut dengan si pekerja tersebut sebab setahu aku,xperlu wrapping pun bag tu.Mereka hanya nak kan duit sahaja.Namun masa tu maybe rasa tergamam agaknya sampai tak terpikir soal tu walaupun masih lagi berpeluang untuk ambil balik bag aku sebelum di wrapping.Akhirnya terpaksalah membayar sebanyak 35ribu rupiah.Dammn!Dahlah nak bagi balance pun lambat sangat,terkial-kial sampai aku marah dia.Masa tu tak check in lagi,memangla aku bengang kalau dah lambat sangat.Dia cakap orang Malaysia ni takde rasa sabar.Fikirlah macam mana nak sabar kalau kau dah tarik bag orang tanpa rela hati owner bag tu pastu terkial-kial nak bagi balance.huhhhh!sedih+geram sangat.
Layan jelah gambar kat bawah ni ye..Semoga entri aku berguna bagi sesiapa yang ingin ke sana:)







Bye Indonesia,Hello Malaysia:)




Medan,Indonesia Part 2

Oke, previous entry aku tak habis lagi cerita pasal pengembaraan kami sepanjang di Danau kan?Well, jom sambung..Teruskan membaca friends!:)
Plan sebenarnya nak gerak naik feri dalam jam 9am(waktu Indonesia) namun pagi tu tersangat-sangat la sejuk+rasa mengantuk lagi..hihi..Masing-masing masih lagi takde tanda-tanda nak bangun include me:D Until Qyra wake up and take a bath barulah kami semua bangun.Ya Allah, waktu nak mandi tu tersangat-sangatla sejuk air dia macam aAissss! Swear beku rasa..Terpaksa la gagahkan diri jugak walaupun dah mengeletaq macam apa dah..huu..Memang take time untuk bersiap sedangkan famili member siap berposing,amek gambar di waktu pagi lagi..hihi..sorry ye:) Pagi tu ada masalah sebenarnya sebab semasa perbincangan semalam dengan driver feri/pihak chalet*lupa dengan siapa* bayaran seorang bagi menaiki feri hanyalah 5000/15000 rupiah seorang..Bayaran yang dibincang pun aku dah lupa berapa cuma yang aku ingat memangla jauh lagi murah dari harga yang kami kena pada pagi tersebut.Seorang dalam 42/45000 oke disebabkan bilangan kami tidaklah ramai.Yang murah tu kalau 20/40 orang barulah kami boleh dapat harga murah tu.Tapi takpelah kami tetap bayar sebab takde guna datang Danau tanpa menyusuri pulau di sini kan?Lagipun aku rasa aku tak pernah lagi naik feri.huhu.Kalau balik ke Malaysia pun bila agaknya aku berpeluang untuk menaiki feri..So,grab sahajalah peluang yang ada di sini.Well,not bad hape..hiihi:D Sebelum bergerak, aku sempat memilih dan membeli spek for me!Yeayy!Dari Malaysia lagi oke cari spek yang sesuai dengan my face sebab muka aku ni kecik sangat plus panjang*admit oke* Bagus orang yang jual spek tu sebab masa aku tengah-tengah pilih, dia bilang mau lihat sama wajah aku dulu dong..Mau lihat seswai kayak gimana..:D Yess,he got it and i love it..Sekali je pilih terus aku beli,malas nak tengok yang lain lagi.
Bergambar dengan si kecik sebelum menaiki feri:) Alala tomey..hii

Kami pilih untuk duduk di atas

Muka masing-masing hepy gitu..huhu

Nampak rumah kt belakang kami?Kalau x silap aku,tu salah satu chalet/hotel 

Girlss times!:D

Nyaman sangat rasa 

Rela panjat untuk bergambar dengan flag depa..huh??


Ni lah kami-kami semua sepanjang di sini:)

Kami lagi:D

Kenapa dengan aku tuu?huhu..pak supir pun sampai tengok camtu..ki3

Taraaa!Smilee:) Tulah pak Hendra,pak supir yang aaaamatt menyenangkan hati kami:)


Kami sempat berhenti di salah satu pasar untuk mengisi minyak feri.Dari apa yang aku tengok, pasar ni crowded sangat and macam-macam yang dijual di situ seperti barang basah,buah-buah segar dan sebagainya.After that, feri terus bergerak menuju ke Perkampungan Tomok..Hahh!apa yang ada kat kampung ni..Tomok ni bukan sekadar kawasan sejarah ye di mana dekat sini jugak ada sebahagian kubur-kubur orang Batak tapi Tomok ni terkenal juga dengan tempat shopping bermacam-macam barangan dari baju,perhiasan rumah,keychain dan sebagainya.Seronok tengok deretan kedai dengan bermacam-macam harga yang kita boleh dapat. Namun harus berwaspada apabila meminta penawaran harga sebab orang di sana akan paksa kita beli barang tersebut.Bahaya jugak kalau terpaksa main tarik tali kat situ..hihi..Opss! terlupa,sewaktu sampai di Kg Tomok,anda akan di minta bayar entrance fee sebanyak 2000 rupiah sahaja bagi seorang. Kat rasa terkilan sangat sebab jalan sikit je dah terus bargain harga barang and shopping banyak jugak sampailah aku naik ke atas lagi barang yang aku beli dengan harga 60ribu tapi size besar boleh dapat dengan harga RM2 sahaja bagi yang kecil!!!Ahhhhh!Menyesal sangat.Aku tahu pun sebab ada seorang mbak ni nampak barang aku, then dia tunjuk barang yang sama siap panggil suh tengok lagi.Ohh tidakkk!:( Aku tak masuk tengok pun sebab nanti mesti penjual-penjual lain akan panggil untuk masuk kedai mereka pulaaa..Layannzzz~

Jernih kan air dia.cHantek sangat

Salah satu kaum di sini Batak PakPak


Lihatlah deretan kedai mereka..Seronok membeli:)

Nampak x pintu sebelah kanan?Di situlah terletak kubur Batak

Semasa kami di sini,kami p ikut sekumpulan guru-guru dari Kota Bharu..hihi..Dapat tahu dari KB kerana sempat berbual dengan seorang dua dari mereka.Di tapak perkuburan ini,masing-masing akan diberikan sehelai selendang yang mesti dipakai pada bahu kanan.Ada reason mereka kenapa perlu pakai di belah kanan tapi aku taknak bagitahu.Korang rajin-rajinlah google..hihi xD

Tulah selendang/kain yang dimaksudkan

Tak pasti tempat ni untuk apa,.hihi

Oke dah selesai di sini, kami meneruskan perjalanan ke salah satu hotel yang fully berkonsepkan binaan/ukiran kayu kaum Batak..Sebelum feri bergerak,ada 2orang kanak-kanak lelaki yang berenang-renang di pelabuhan feri-feri.Tahu apa tujuan mereka?Mereka menyuruh kami membalingkan duit syiling ke dalam air dan mereka akan berenang untuk mendapatkannya.SubhanaAllah, mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan rezeki,memperolehi duit walaupun masih lagi kanak-kanak
Lihatlah mereka dengan hati yang terbuka,positifkan diri
Kemudian kami ke Hotel Carolina bagi mengambil gambar-gambar yang menarik di sana..











Dipendekkan cerita, kami berangkat pulang bagi meneruskan perjalanan ke Berastagi. Berastagi ni macam Cameron sebab cuaca sejuk dia,gerai-gerai buah serta bunga ada di sepanjang jalan serta boleh petik buah-buah segar mereka di kebun. Kami sampai ke sana dah hampir lewat petang, jadi banyak kedai-kedai yang telah di tutup.Kami sempat menaiki ke Bukit Gundaling. Beto kata waktu kami pergi tu takdelah sejuk mana..tapi aku sebelum sampai sana pun dah kesejukan..hihi..So sedikit sahaja yang sempat snap..






Di sini boleh sewa kuda ye kalau malas nak berjalan ataupun mahukan kelainan:) Kami sekali dengan Kijang naik ke atas puncak..haha:D..Oke done with Berastagi,Danau.Will continue our last day in Medan next entry:)








TikTok


Get your own Digital Clock

Copyright@Hak Milik Fyda^D!do